loading...
#Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan komen-komen negatif peminat artis terkenal Aaron Aziz yang mengutuk gambar anaknya, menyebabkannya bengang dan mengamuk di Instagram! Siapa yang tidak sayangkan keluarga? Begitulah Aaron Aziz cuba untuk mempertahankan gambar yang diuploadnya di Instagram membuatkan ada yang menasihati gaya anak perempuannya yang kononnya posing seksi dan tidak kurang yang kutuk bagai tidak ingat dunia! Ada juga peminat yang macam itu ya?
#Aaron Aziz Bengang Maki Hamun Peminat Di Instagram
#Mungkin ramai yang tidak jangka, jika sekadar melihat daripada kebanyakan watak romantik dan penyayang yang dibawakan oleh pelakon popular Aaron Aziz, mesti ada yang tidak menyangka pelakon ini boleh tahan garang rupanya.
#Hakikatnya, Aaron Aziz cukup pantang sekali apabila ada orang yang menganggu atau cuba menegur urusan yang berkaitan dengan keluarganya.
#Perkara ini berlaku apabila Aaron Aziz telah berkongsi sekeping gambar anak-anaknya sedang menanti waktu berbuka puasa di laman Instagram sekadar suka-suka.
#Aaron Aziz Tidak Tahu Ajar Anak?
#Dan secara kebetulan, ada pula pengikut Aaron Aziz di laman sosial tersebut yang menegur cara duduk anak perempuan Aaron yang dilihat agak tidak sopan.
#Dari apa yang difahamkan, mereka berpendapat bahawa Aaron sepatutnya mengajar anak-anaknya duduk dengan cara yang betul daripada kecil supaya akan diingati hingga dewasa.
#Bagaimanapun, Aaron membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar dan menyatakan dia tidak perlukan nasihat yang tak munasabah seperti itu.
#Dan mungkin kerana terlampau bengang, Aaron Aziz telah bertindak memadam komen dan ‘block’ pengikut berkenaan dari laman Instagramnya. Bagi yang bukan komen negatif, Aaron memaklumkan mereka bukan yang dituju dalam maki hamunnya. Mungkin begini cara seorang bapa melindungi anak-anak dan keluarganya. - OhBulan!
0 Response to ""Korang Bila Nak Mampos? Tak Sabar Aku Nak Tengok!", Panas!! Tidak Tahan Dihina Ramai Aaron Aziz Mengamuk Hingga Keluar Semua Dendam Selama Ini"
Catat Ulasan