loading...
#Gara-gara mahu bertemu kekasih, se0rang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah rest0ran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.
#Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di rest0ran berkenaan sebelum ke h0tel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.
#Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kep0ng, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.
#Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan h0tel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.
#Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan s3ks.
#Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke h0tel berkenaan dan akan mengadakan hubungan s3ks setiap kali berjumpa.
#Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.
#“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
#“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui se0rang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
#Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang d0kumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
#“Mereka dibawa ke Balai P0lis Tangkak untuk dibuat lap0ran tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
#SUMBER SOTONG KICAP
0 Response to "INI SUDAH LEBIH...!!!! APALAH NAK JADI DENGAN BUDAK ZAMAN SEKARANG NI..KATA NAK JUMPA KAWAN..TAPI APA YANG TERJADI????"
Catat Ulasan